Jumaat, 28 Mei 2021

PROGRAM PPKI SEPANJANG TAHUN 2021

PROGRAM PPKI SEPANJANG TAHUN 2021


1. PROGRAM ZIARAH DAN SUMBANGAN RAMADHAN 2021 (PPKI)

2. MESYUARAT 'GOOGLE MEET' PEMBUKAAN SEKOLAH PPKI SK. PEKAN DUA RANAU (4 OKT. 2021)



APA ITU PENDIDIKAN KHAS?


1. APA ITU PENDIDIKAN KHAS?

2. DEFINISI PENDIDIKAN KHAS.



1. APA ITU PENDIDIKAN KHAS?
Pendidikan Khas ialah suatu program pengajaran yang direka bentuk berpandukan ciri-ciri individu untuk memenuhi keperluan individu yang berpendidikan khas. Matlamat paling penting dalam pendidikan khas ialah untuk mencari dan membangkitkan keupayaan kanak-kanak berkeperluan khas. Pengajarannya yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan khas menyediakan peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum biasa atau perkhidmatan sekolah biasa.


2. DEFINISI PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan khas ialah pengajaran yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan istimewa kanak-kanak berpengetahuan khas ( Hallahan &Kaufman 2000) Mengikut Heward (2000) pula pendidikan khas boleh diterangkan dalam pelbagai perspektif. Pendidikan khas sebagai intervensi iaitu proses mencegah, menghapus atau mengatasi halangan yang mungkin menyebabkan pelajar daripada penyertaan aktif dalam sekolah atau masyarakat. Oleh itu Pendidikan Khas secara umumnya didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan / kurang upaya. Ia merupakan satu program pendidikan yang ditujukan kepada golongan kurang upaya dari segi intelek, fizikal dan emosi serta sosialnya yang tidak mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang normal.

PENGENALAN PPKI

 PPKI

1. APA ITU PPKI?

2. SIAPA YANG BOLEH MENDAFTAR DI PPKI?

3. CIRI-CIRI MURID BERKEPERLUAN KHAS


1. APA ITU PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)?

Sekolah-sekolah yang mempunyai kelas untuk murid khas yang ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri , Kementerian Pelajaran Malaysia

2.SIAPA YANG BOLEH MENDAFTAR DI PPKI?

  • Murid bermasalah penglihatan
  • Murid bermasalah pendengaran
  • Murid bermasalah pembelajaran

Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu ‘kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa’ (Chua,1982)

Pendidikan Khas ialah subsistem dalam sistem pendidikan, yang Bertanggungjawab mengadakan peruntukkan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu kanak-kanak dan belia yang bersifat luar biasa. (Gearhart dan Weishahn,1980).

3.CIRI-CIRI MURID BERKEPERLUAN KHAS

  • Autisme
  • Epilepsi
  • Pintar Cerdas dan Berbakat
  • Lembam
  • Cerebral Palsy
  • Acalculia
  • Discalculia
  • Disgrafia
  • Sindrom Down
  • Disleksia

 

PROFIL SEKOLAH


VISI SEKOLAH / VISI KPM

"PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA"


MISI SEKOLAH / MISI KPM

"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA"


LENCANA SEKOLAH



MAKSUD LENCANA SEKOLAH

Klik Pada Gambar untuk paparan yang lebih jelas


BENDERA SEKOLAH



LAGU SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN DUA RANAU


Link Video Youtube : https://youtu.be/Ha3V2BRScqE




LIRIK LAGU SK. PEKAN DUA RANAU

Kau berdiri megah SK. Pekan Dua,
Kau teguh perkasa,
Kaulah lambang kebanggaan negara,
Kaulah warisan bangsa.

SK. Pekan Dua yang kami cintai,
Jasamu tetap abadi,
Kau melahirkan insan yang berguna,
Mencapai wawasan negara.

Gurunya berkhidmat penuh setia,
Mencurahkan ilmu yang ada,
Putra Putrinya meniti jaya,
Untuk menjadi insan,
Berwawasan Berilmu.


PPKI

 PPKI

Sila klik pada setiap tulisan untuk melihat info lebih lanjut.


1. APA ITU PENDIDIKAN KHAS?

2. PENGENALAN PPKI

3. PANITIA PPKI 2021

4. SENARAI NAMA MURID PPKI 2021



PANITIA PPKI 2021

 SENARAI PANITIA PPKI 2021


1. Panitia Bahasa Melayu

2. Panitia Bahasa Inggeris

3. Panitia Matematik

4. Panitia Sains Sosial

5. Panitia Pendidikan Islam

6. Panitia Pendidikan Moral

7. Panitia Pengurusan Diri

8. Panitia Pendidikan Muzik

9. Panitia Pendidikan Seni Visual

10. Panitia Pengurusan Diri

11. Panitia Teknologi Maklumat dan Komunikasi

12. Panitia Perkebunan

13. Panitia Sejarah

14. Panitia Kemahiran Hidup

15. Panitia Pengurusan Tingkah Laku

16. Panitia Pusat sumber

17. Panitia Bimbingan dan Kaunseling


SENARAI NAMA MURID PPKI SK. PEKAN DUA ,RANAU BAGI TAHUN 2021.

 

                     NAMA                                      UMUR




















Khamis, 27 Mei 2021

LAMAN UTAMA BLOG RASMI PPKI SK. PEKAN 2 RANAU

Guru dan PPM PPKI SK. Pekan 2 Ranau

BARISAN GURU DAN PPM PPKI SK. PEKAN 2 RANAU 2021
Puan Jonia Mopun 
(PENOLONG KANAN PPKI)



Puan Norfadzerawaty Jasni 
(SETIAUSAHA PPKI)


Puan Wati Rubin 
(BENDAHARI PPKI)

Encik Samli Maidi 
(SETIAUSAHA KURIKULUM PPKI)



Puan Christah Jurunin 
(SETIAUSAHA HEM PPKI)

Encik Sauffpah Hj.Sarun 
(SETIAUSAHA KOKURIKULUM PPKI DAN PENYELARAS PERSATUAN PENGAKAP PPKI)





Encik Hamka Ahmmad 
(PENYELARAS SUKAN DAN PERMAINAN PPKI)

Puan Nur Ashwa Johalim 
(PENYELARAS KELAB KEBUDAYAAN PPKI)
Puan Jayne Tze Tan @ Na'imatun Najwa Jayne Abdullah



Encik Nurul Hidayat Ahmad
Puan Jenindra Samudi


Puan Siti Syuhadah Gahamat




BARISAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) PPKI 2021.
 
Puan Vellerisia Japri (PPM)
Puan Rosadilin Yontok (PPM)
Puan Rosnita Sair (PPM)
Puan Juria Rimin (PPM)

TS25


MODUL 1 | MODUL 2 | MODUL 3 | MODUL 4 | MODUL 5 | MODUL 6 | MODUL 7 | MODUL 8


TRANSFORMASI SEKOLAH TS25
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. 
Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. 
TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;
  • Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
  • Disokong  kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
  •  Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.
  • Komitmen komuniti yang padu 

Latar Belakang dan Objektif Program Transformasi Sekolah. 
Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2015, telah meluluskan cadangan pelaksanaan TS25 KPM. Objektif Program Transformasi Sekolah antara lain ialah; 
  • Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik;
  • Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan; dan
  • Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.


Matlamat dan Teras TS25 
Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu ;
  • Memantapkan kepimpinan sekolah
  • Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran
  • Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid 
Matlamat Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui, yang akan dicapai menerusi transformasi dalam lima teras yang berikut; 
  • Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
  • Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
  • Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
  • Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
  • Komitmen komuniti yang padu.

_______________________________________________________

TS 25 SK. PEKAN 2 RANAU, SABAH, MALAYSIA.




______________________________________________________

Ucapan penyelaras TS25 SEPADU


Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga SEPADU,yang sama-sama bertungkus-lumus memastikan penyiapan MODUL 1 disiapkan dengan jaya dan cemerlang sekali.

Tanpa bantuan semua warga SEPADU, amat mustahil untuk MODUL 1 ini disiapkan.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan sekali lagi. Kita teruskan lagi usaha kita dalam modul-modul yang seterusnya.

Sebagai penyelaras TS25 SEPADU, merakamkan kemaafan jika terlanjur kata, terkasar bahasa sepanjang sesi penyiapan tugasan MODUL 1, kerja keras anda semua adalah yang TERBAIK.

Terima kasih sekali lagi.


 (ENCIK JASNI HALIM)





SEJARAH SK. Pekan 2 Ranau, Sabah.


SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN DUA RANAU, SABAH. 

Pembinaan bangunan Sekolah Kebangsaan Pekan Dua (SKPD) Ranau Sabah dibiayai oleh Bank Dunia dan siap pembinaannya pada Disember 1992, dan diambil alih oleh Jabatan Pendidikan pada 03 Disember 1992. Sekolah Kebangsaan Pekan Dua Ranau Sabah terletak lebih kurang satu kilometer (1KM) dari Pekan Ranau. SK. Pekan Dua mempunyai satu bangunan dua tingkat, bangunan Pra Sekolah, Bangunan Pendidikan Khas dan Bangunan Makmal Komputer. 


 SENARAI GURU BESAR 

 ISMAIL BIN BANDI : 1992 – 1995 
 MAHMOD JAHAR : 1996 – 2006 
 DATIN HJH NURLIAH : 2006 – 2016 
 PN. MISNIAH RADIN : 2016- 2021 
 PN. RIDIAH SAILUN : 20 MAC 2021- SEKARANG