Khamis, 30 September 2021

MESYUARAT 'GOOGLE MEET' PEMBUKAAN SEKOLAH BERSAMA IBU BAPA MURID PPKI SK. PEKAN DUA RANAU {4 OKTOBER 2021}

 

MESYUARAT 'GOOGLE MEET' PEMBUKAAN SEKOLAH BERSAMA IBU BAPA MURID PPKI SK. PEKAN DUA RANAU {4 OKTOBER 2021}

 SLIDE TAKLIMAT PEMBUKAAN SEKOLAH PPKI SEPADU (4 OKTOBER 2021)

Klik pada tulisan untuk melihat Slide penuh.☝


TARIKH     : 29/9/2021 (Rabu)

MASA         : 8.30pm - 9.40pm

AGENDA  

*Ucapan Guru Besar 

(Pn. Ridiah Sailun)

*Ucapan Penolong Kanan PPKI 

(Pn. Jonia Mopun)

*Ucapan Pengerusi PIBG 

(En.Rahim Abdullah)


**Taklimat Guru Besar


**Taklimat pengurusan dan pengoperasian sekolah 3.0  :


1) SEBELUM SESI PERSEKOLAHAN BERMULA:

-Borang pengisytiharan kesihatan

-Surat tunjuk sebab pemberitahuan ketidakhadiran murid

-Persediaan pihak sekolah sebelum MBK ke sekolah


2) Taklimat laluan keluar masuk murid dan lokasi pengambilan suhu badan.

-Drop off point /take off point

-Laluan bawah kantin

-Lokasi pengambilan suhu dan lokasi mencuci tangan


3) Amalan MBK sebelum ke sekolah

-Sentiasa mencuci tangan dengan air dan sabun atau pensanitasi tangan.

-Sentiasa memakai pelitup muka.

-Membawa botol air sendiri ke sekolah.


4) SEMASA SESI PERSEKOLAHAN BERMULA:

-Waktu tiba dan pulang

-Pengurusan diri

-Pengurusan Tingkah Laku


5) Peranan ibu bapa/penjaga

-PIBG

-Memberikan kesedaran kpd anak2 ttg penjarakan fizikal sblm, smsa & slps menaiki kenderaan.


-Menasihati anak-anak agar:

1) Tidak bersalaman atau bersentuhan dengan sesiapa.

2) Sentiasa mengamalkan kebersihan sebelum dan selepas makan.

3) Mematuhi sistem pergerakan pergi dan balik murid ke sekolah.

4) Mengambil sarapan yang sesuai sebelum ke sekolah.

-Pihak sekolah menyarankan ibu bapa agar membekalkan murid makanan dari rumah.

-Ibu bapa digalakkan menghantar dan mengambil sendiri anak/anak jagaan.


*Hal-hal lain
           
Sesi bergambar di akhir mesyuarat GM


***Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 9.40pm.***






Khamis, 10 Jun 2021

PROGRAM ZIARAH DAN SUMBANGAN RAMADHAN 2021 (PPKI)


PROGRAM ZIARAH DAN SUMBANGAN RAMADHAN
KE RUMAH MURID PPKI 
SK. PEKAN DUA, RANAU, SABAH.




RUMAH MURID (ANIS)

_________________________________________





RUMAH MURID (BALQIS) 

____________________________________________

 



RUMAH MURID (MOHD.RAZLI)

_________________________________________________ 




RUMAH MURID (JINUIN)

__________________________________________





RUMAH MURID (MOHD.RAMDAN)

______________________________________________





RUMAH MURID (NORAMISSYA)











 

Jumaat, 28 Mei 2021

PROGRAM PPKI SEPANJANG TAHUN 2021

PROGRAM PPKI SEPANJANG TAHUN 2021


1. PROGRAM ZIARAH DAN SUMBANGAN RAMADHAN 2021 (PPKI)

2. MESYUARAT 'GOOGLE MEET' PEMBUKAAN SEKOLAH PPKI SK. PEKAN DUA RANAU (4 OKT. 2021)



APA ITU PENDIDIKAN KHAS?


1. APA ITU PENDIDIKAN KHAS?

2. DEFINISI PENDIDIKAN KHAS.



1. APA ITU PENDIDIKAN KHAS?
Pendidikan Khas ialah suatu program pengajaran yang direka bentuk berpandukan ciri-ciri individu untuk memenuhi keperluan individu yang berpendidikan khas. Matlamat paling penting dalam pendidikan khas ialah untuk mencari dan membangkitkan keupayaan kanak-kanak berkeperluan khas. Pengajarannya yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan khas menyediakan peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum biasa atau perkhidmatan sekolah biasa.


2. DEFINISI PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan khas ialah pengajaran yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan istimewa kanak-kanak berpengetahuan khas ( Hallahan &Kaufman 2000) Mengikut Heward (2000) pula pendidikan khas boleh diterangkan dalam pelbagai perspektif. Pendidikan khas sebagai intervensi iaitu proses mencegah, menghapus atau mengatasi halangan yang mungkin menyebabkan pelajar daripada penyertaan aktif dalam sekolah atau masyarakat. Oleh itu Pendidikan Khas secara umumnya didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan / kurang upaya. Ia merupakan satu program pendidikan yang ditujukan kepada golongan kurang upaya dari segi intelek, fizikal dan emosi serta sosialnya yang tidak mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang normal.

PENGENALAN PPKI

 PPKI

1. APA ITU PPKI?

2. SIAPA YANG BOLEH MENDAFTAR DI PPKI?

3. CIRI-CIRI MURID BERKEPERLUAN KHAS


1. APA ITU PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)?

Sekolah-sekolah yang mempunyai kelas untuk murid khas yang ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri , Kementerian Pelajaran Malaysia

2.SIAPA YANG BOLEH MENDAFTAR DI PPKI?

  • Murid bermasalah penglihatan
  • Murid bermasalah pendengaran
  • Murid bermasalah pembelajaran

Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu ‘kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa’ (Chua,1982)

Pendidikan Khas ialah subsistem dalam sistem pendidikan, yang Bertanggungjawab mengadakan peruntukkan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu kanak-kanak dan belia yang bersifat luar biasa. (Gearhart dan Weishahn,1980).

3.CIRI-CIRI MURID BERKEPERLUAN KHAS

  • Autisme
  • Epilepsi
  • Pintar Cerdas dan Berbakat
  • Lembam
  • Cerebral Palsy
  • Acalculia
  • Discalculia
  • Disgrafia
  • Sindrom Down
  • Disleksia

 

PROFIL SEKOLAH


VISI SEKOLAH / VISI KPM

"PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA"


MISI SEKOLAH / MISI KPM

"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA"


LENCANA SEKOLAH



MAKSUD LENCANA SEKOLAH

Klik Pada Gambar untuk paparan yang lebih jelas


BENDERA SEKOLAH



LAGU SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN DUA RANAU


Link Video Youtube : https://youtu.be/Ha3V2BRScqE




LIRIK LAGU SK. PEKAN DUA RANAU

Kau berdiri megah SK. Pekan Dua,
Kau teguh perkasa,
Kaulah lambang kebanggaan negara,
Kaulah warisan bangsa.

SK. Pekan Dua yang kami cintai,
Jasamu tetap abadi,
Kau melahirkan insan yang berguna,
Mencapai wawasan negara.

Gurunya berkhidmat penuh setia,
Mencurahkan ilmu yang ada,
Putra Putrinya meniti jaya,
Untuk menjadi insan,
Berwawasan Berilmu.


PPKI

 PPKI

Sila klik pada setiap tulisan untuk melihat info lebih lanjut.


1. APA ITU PENDIDIKAN KHAS?

2. PENGENALAN PPKI

3. PANITIA PPKI 2021

4. SENARAI NAMA MURID PPKI 2021



PANITIA PPKI 2021

 SENARAI PANITIA PPKI 2021


1. Panitia Bahasa Melayu

2. Panitia Bahasa Inggeris

3. Panitia Matematik

4. Panitia Sains Sosial

5. Panitia Pendidikan Islam

6. Panitia Pendidikan Moral

7. Panitia Pengurusan Diri

8. Panitia Pendidikan Muzik

9. Panitia Pendidikan Seni Visual

10. Panitia Pengurusan Diri

11. Panitia Teknologi Maklumat dan Komunikasi

12. Panitia Perkebunan

13. Panitia Sejarah

14. Panitia Kemahiran Hidup

15. Panitia Pengurusan Tingkah Laku

16. Panitia Pusat sumber

17. Panitia Bimbingan dan Kaunseling


SENARAI NAMA MURID PPKI SK. PEKAN DUA ,RANAU BAGI TAHUN 2021.

 

                     NAMA                                      UMUR




















Khamis, 27 Mei 2021